Saturday, 26 November 2016

kegigihan dapat mengatasi kesusahan



Hari ini ingin saya berkongsi sebuah cerita yang dapat memberi pedoman kepada hidup kita.
Di sebuah kampung ada seorang petani, petani itu membela seekor keldai. Keldai itu berkerja (di ladang) untuk petani sejak hari ia tiba di rumah petani.
Sekian tahun telah berlalu, keldai itu sudah tua dan badannya pun menjadi lemah. Kerjanya tidak secepat dahulu lagi.

Pada suatu hari, keldai itu telah jatuh ke dalam sebuah perigi usang (yang sudah lama kering airnya).
Keldai itu meneriak sekkuat-kuat hatinya tetapi tidak diselamatkan oleh petani itu.

Petani berniat buruk apabila mendengar suara teriakan keldai. Dia berfikir, daripada membazir makanan untuk membelanya lagi eloknya dibiarkan keldai itu ditimbus sahaja dalam perigi usang itu.
Lalu petani memanggil orang kampung datang untuk membantunya menimbuskan perigi itu.

Orang kampung datang membawa cangkul dan pongkes untuk menggorek tanah lalu dituangkan ke dalam perigi itu.
Keladai di dalam perigi itu ketakutan dan meneriak dengan lebih kuat lagi.
Orang ramai tidak menghiraukan teriakan keldai. Mereka meneruskan kerja menimbus perigi.
Keldai itu sedar akan niat buruk tuannya. Ia tahu ia mesti menyelamatkan diri sendiri daripada meminta tolong daripada tuannya yang tidak mengenang budi itu.

Keldai yang bijak itu menggoyangkan dirinya untuk membuang tanah yang ditimbus ke atas badannya.
Ia memijak pada timbunan tanah, ia semakin dekat pada bahagian atas perigi, tidak lagi ia meneriak.

Apabila orang kampung tidak mendegar teriakan keldai lalu mereka ingat pasti keldai sudah mati ditimbusnya tanah. Mereka terus menimbus perigi.
Apabila sampai ke permukaan perigi, keldai itu melompat keluar dari perigi. Orang kampung terkejut melihat keldai dan sangat kagum dengan kebijaksaan serta kegigihan keldai itu dalam perbuatan menyelamatkan dirinya sendiri.

Walaupun ini hanya sebuah cerita tidak benar, tetapi kita dapat menceduk pedoman daripadanya.
Adakah semangat kita segigih keldai yang cerdik itu apabila kita menempuh kesusahan dalam perjalanan hidup kita?

Ada ikhtiar pasti ada jalan, jangan mudah berputus asa.
kesusahan dapat diatasi dengan kegigihan (kesabaran) dan kebijiaksanaan kita.

Semoga Anda Sejahtera Selalu.

Friday, 18 November 2016

Angkat Kaki untuk kesihatan



  atau    

atau 
 
(sandar kaki pada dinding)

Angkat Kaki 15 minit setiap hari untuk meningkatkan tenaga dan mengekalkan kesihatan diri ( Anda boleh pilih mana-mana satu)

Apabila kita angkat kaki, darah mengalir kembali ke hati dan buah pinggang, ini dapat membantu badan kita dalam proses detoks (buang toksik). Badan segar semula.

Apabila angkat kaki, tulang belakang kita berada dalam keadaan lurus, ini akan menganjak kembali ruas-ruas tulang belakang kepada kedudukan yang sepatutnya(alighment).

Apabila angkat kaki, usus kita akan bergerak, ini akan memudahkan proses penghadaman dan proses pebuangan najis.
Memnbantu mengatasi masalah haid dan masalah prostat.

Apabila angkat kaki, Qi dan darah mengalir lancar ke organ-organ dalaman.
Organ-organ ini dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik.
Pelbagai kesakitan dapat dielakkan.

(minum segelas air suam sebelum dan selepas angkat kaki)

Salam Sejahtera    
Semoga Sejahtera Selalu