
Hari ini ingin saya mengongsi sebuah kisah benar yang boleh dijadikan pedoman hidup kita.
Di sebuah kampung pendalaman tinggalnya sebuah keluarga yang hanya terdiri daripda seorang ibu tua dan anak lelakinya.
Pada suatu hari, lalunya seorang perantau yang kononnya pandai dalam bidang tilik-menilik (Feng Shui Master).
Perantau itu singgah di halaman rumah dan meminta secawan air minuman daripada pemuda rumah tersebut.
Pemuda segera masuk ke dalam rumah untuk mengambil air minuman untuk perantau.
Perantau tunggu di luar rumah mereka.
Selepas agar lama menunggu, pemuda belum lagi muncul membawa air minuman.
Perantau itu telah hilang kesabaran lalu berfikir dalam pastinya tuan rumah itu ingin mengenakannya (ambil secawan air pun begitu lama!).
Tengah perantau marah hampir naik marah,keluarnya pemuda membawa semangkuk air, air itu bukan pula air yang jernih tetapi air yang ditaburi sekam padi.
Perantau terpaksa menghembus ke tepi sekam padi yang terapung atas air itu sebelum dapat meminum air itu.
Perantau sudah berniat buruk hendak mengenakan pemuda dan ibunya (seorang wanita yang sentiasa membantu orang yang susah).
Apabila perantau mengikut pemuda masuk ke dalam rumahnya,ternampak sebuah keranda terletak di ruang tengah rumah mereka.
Pemuda memberitahu perantau bahawa keranda itu disediakan untuk keperluan ibu tuanya pada hari kelak.
Perantau lalu berkata dia boleh menilik dan mencari satu tempat yang terbaik (Ong) untuk dijadikan tempat pengkebumian ibunya kelak.
Lalu pemuda membawa perantau ke sekitar yang berhampiran untuk mencari tempat yang terbaik itu.
Perantau jumpa satu tempat yang terburuk ( sesiapa yang ditanam di tempat itu akan ditimpa kecelakaan generasi demi generasi !). Tetapi perantau yang berniat busuk itu menipu pemuda bahawa itulah tempat yang terbaik lalu membuat satu tanda di situ untuk pemuda.
Pemuda itu menghadiahkan pelbagai barang-barang kepada perantau sebagai tanda terima kasih atas bantuannya untuk mencari tempat yang terbaik untuk ibu tuanya.
Perantau mengambil semua barangan hadiah lalu tinggalkan kampung tersebut.
Sepuluh tahun telah berlalu, perantau itu sekali lagi melalui kampung itu.
Kali ini teringin sangat dia melihat apa telah berlaku kepada keluarga pemuda. Dalam hatinya berfikir sudah pasti mereka itu tiada lagi wujud di dunia ini.
Apabila dia masuk ke kampung, dia terkejut melihat kampung itu telah menjadi satu pekan kecil. Rumah pemuda yang dahulunya berupa pondok itu telah berubah menjadi bangunan konkrit tiga tingkat, nampaknya apa yang dia tilik adalah salah. Perantau amat hairan apa yang telah berlaku?
Perantau pergi ke rumah pemuda kerana ingin tahu apa yang telah berlaku sebenarnya.
Pemuda menjemput perantuan ke dalam rumahnya dan menceritakan apa yang telah berlaku selepas dia mengembumikan ibu tuanya sepuluh tahun yang lalu.
Rupanya pada malam selesainya upacara pengembumian ibu tuanya, hujan lebat dan ribut taufan telah melanda kampung itu. Kejadian itu telah menyebabkan perubahan bentuk muka bumi kampung mereka.
Orang kampung berusaha untuk membina semula kampung halaman selepas bencana alam itu.
Tuah dan rahmat melimpahi kampung halaman mereka sejak hari itu. Penduduk-penduduk pekan kecil itu hidup dalam keadaan aman dan damai, cukup makan dan selesa.
Selepas mendengar kisah tersebut baru perantau berasa malu dan menyesal atas niat buruk dan perbuatan buruknya.
Dia memberitahu pemuda tentang niat buruknya pada sepuluh tahu yang lalu.
Pemuda baru faham rupanya perantau itu ingin membalas dendam atas semangkuk air minuman yang terlambat dibawa untuknya.
Pemuda juga menceritakan sebab lambatnya membawa semangkuk air untuk perantau pada hari itu.
Apabila pemuda masuk ke dalam rumah untuk menceduk air,
ibu pemuda yang bijaksana itu bertanya pemuda sama ada perantau itu dalam keadaa panas dan penat?
Selepas mendengar kisah tersebut baru perantau berasa malu dan menyesal atas perbuatan buruknya.ebabkan masalah kesihatan perantau).
Selepas seketika air yang sejuk telah menjadi suam dan ditaburkan sedikit sekam padi agar baik untuk kesihatan badan baru ibu tua suruh anaknya bawa air minuman untuk menghilangkan dahaga perantau.
Ibu tua itu dan anaknya merupakan orang yang berprihatin dan baik hati, mereka sentiasa memikirkan serta mengutamakan kebahagiaan dan kesejahteraan orang lain.
Selepas mendengar penerangan pemuda, perantau berasa amat menyesal dan sangat malu atas perbuatan buruk diri sendirnya.
Jikalau kita berniat baik,
ke mana kita pergi, di mana kita berada tetapnya baik.
(yang tak baik pun boleh berubah jadi baik)
No comments:
Post a Comment