Wednesday, 16 November 2016

Siapakah saya yang sebenar-benarnya?



Badan kita ini (yang tingggi,rendah,gempal atau kurus) bukanlah kita (saya) yang sebenarnya. Ia hanyalah" kita punya" (badan) buat sementara waktu sahaja.
Mengapa dikatakan begitu?
Kalaulah badan ini ialah "saya",maka saya tidak mahunya berubah jadi tua, tidak mahunya jatuh sakit, mahunya berkekalan cantik dan awet muda, tetapi walau apa cara dan usaha kita buat, kita kekal akan jatuh sakit, menjadi tua dan akhirnya terpaksa tinggalkan badan kita ini.

Apakah yang kekal tidak akan berubah?
(Yang harus kita berusaha mengejar dan menjaga ia) .
Roh (Supreme-self) kita yang tidak akan terhapus dan berubah walaupun ke mana dan di mana kita berada (dunia atau akhirat).

Wajah rupa atau harta benda tidak akan berkekalan. Kita tidak dapat bawa bersama semua benda duniawi ini apabila tibanya masa kita harus beredar dari tempat ini (paling lebih 100 tahun Visa Menetap di bumi ini).
Yang dapat kita bawa bersama hanyalah saham-saham yang kita kumpul sepanjang umur hidup kita (kebiakan atau keburukan yang kita lakukan).
Oleh yang demikian, adalah penting bagi kita meluangkan lebih masa dalam mengumpul saham yang berkekalan ( yang dapat membawa kita ke tempat yang sempurna).

 
Tidak belajar maka tidak tahunya kita;
Ajaran benar haruslah dikejar kita;
Tuntutlah ilmu agar buka minda kita;
Semoga kesejahteraan dikecapi setiap kita.

No comments:

Post a Comment