Wednesday, 16 November 2016

Pedoman daripada menikmati keindahan cahaya bulan

 

Pada malam 14hb November 2016 (hari Isnin) didapati bulan beredar pada jarak yang pling dekat dengan bumi. Keadaan ini hanya berlaku pada 68 tahun yang lalu (tahun 1948).
Penduduk-penduduk di serata dunia berebut untuk menikmati keindahan cahaya bulan pada malam tersebut. Sememangnya gambar-gambar bulan yang cantik telah ditangkap di serata pelusuk dunia.

Bulan hanya satu, tetapi di mana-mana pun boleh nampak bentuk dan sinaran cahayanya.
Ada satu rangkap kata keturunan Cina yang berbunyi "qian jiang you shui qian jiang yue"(千江有水千江月)。
Ini membawa maksud di mana adanya air (sungai,tasik,lautan,arus.....) di situlah wujudnya bayang-bayang bulan(tidak kira di mana ).

Buddha mengibaratkan air sebagai segala hidup-hidupan alam semesta ini(kita) dan bulan itu diibaratkan sebagai nilai suci yang terkandung dalam setiap kita(roh/supreme
self).
Ini bermakna tidak kira siapanya kita( Cina, Mongolia, orang putih.....)ke mana kita pergi atau di mana kita berada, nilai suci dan murni ini sentiasa bersama kita(seperti bulan dan bayang-bayangnya) dan tidak ada sebarang perbezaan antara satu sama lain (macam bulan,hanya satu sahaja).
Kita semuanya kongsi satu nilai suci dan murni
ini. Justeru itu hormat-menghormati dan kasih- mengasihi antara satu sama lain adalah paling diperlukan.
Apabila kita mencederakan, menghina,mengutuk atau melakukan sesuatu yang negatif terhadap orang lain bermakna kita sedang melakukan sesuatu yang menganiayai diri kita sendiri(mencemarkan rohani kita).
Ramai orang tidak sedar akan kebenaran ini maka sanggup melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri ( dia salah anggap dia dapat mengenakan orang lain)

Lain kali dongak kepala nampak cahaya bulan di atas langit maka ingatkan diri kita, semua orang (hidup-hidupan) sama seperti kita harus disayangi,dilindungi dan dihormati.
SEMOGA SEJAHTERA SELALU.

No comments:

Post a Comment